Erti Hidup Untuk Memberi

Posted on by sabri jamaludin



Syukur Alhamdulillah,terbuka jua hati saya untuk terus menulis lagi dalam blog ini setelah sekian lama lesu mendiamkan diri.Bukan semata-mata diam kerana melayan hati dan perasaan yang fana` ini, tetapi belenggunya kesibukan dengan akademik dan berpersatuan.

Kemunculan Pertama ini,

Suka untuk saya berkongsi sedikit sebanyak dari pemerhatian saya berkenaan sikap dan ragam telatah manusia yang pelbagai diatas dunia hari ini.Ditambah lagi,kemunculan ramai bloggers yang senantiasa mencari berita dan isu-isu sensasi untup disantapkan kepada pembaca blog mereka.

Ini,ada satu blog yang cukup saya minati iaitu saifulislam.com

Wow,hebat tak hebatnya ustaz hasrizal,tuan punya blog ini mampu mengupas isu-isu semasa berdasarkan realiti semasa kepada masyarakat luar yang membaca blog beliau.Saya tidak ketinggalan sama merebut peluang ini.

Trademark yang diguna pakai cukup cantik dan praktikal sifatnya iaitu "Erti Hidup Untuk Memberi"

Cuba angkat tangan berapa ramai yang benar-benar memahami erti maksud trademark ini?.Wahhhh...Ramainya!!!.Bagus,bagus.Saya berbesar hati untuk meraikan tahap dan keupayaan anda untuk mencuba memahami pengertian ini...TAHNIAH!!!

Mungkin boleh saya kupaskan sedikit,fenomena dan realiti semasa yang berlaku hari ini disekeliling kita berdasarkan trademark tadi.Barangkali kupasan saya ini tidaklah sehebat kupasan ustaz hasrizal,tidak salah untuk saya mencubanya kan?...

Sebelum kita pergi jauh,saya nak bertanya kepada anda yang sedang membaca blog saya ini,apakah yang anda boleh simpulkan tentang sebuah kehidupan khususnya tentang diri anda sejak dilahirkan hinggalah disaat anda berkeupayaan membaca blog saya ini?..Ayuh berkongsi dengan saya!!!

Pasti menarikkan?...Saya menantikan perkongsian anda itu..simpan dulu ya!!!(komen)

Persoalan yang cuba ingin saya lontarkan kepada anda ialah "berapa ramai yang benar-benar telah berjaya mengharungi "bahtera kehidupan" yang tidak teruji sedikitpun dari faktor kesusahan,kematian dan sebagainya?.

Mungkin saya begitu optimis dalam membuat andaian dan jawapan kepada persoalan yang saya utarakan diatas ini.

TETAPI atau barangkalinya,

Dalam 100 orang yang saya jumpa mungkin 4 atau 5 orang akan mengangkat tangan dan tidak bersetuju dengan sikap optimistik saya ini,"Dont Judge The Book,By Its Cover",barangkali itu doktrinisasi yang cukup pahit bagi saya.

Tidak mengapa kita meraikan "statement" dari sahabat kita itu.



Kesimpulannya,semua diantara kita yang bergelar manusia dan hamba kepada Tuhan yang Esa pernah dipertaruhkan dengan ujian sepanjang melayari bahtera kehidupan ini.Thats why kita berani mengatakan hidup ini bukan mudah dan senang bukan?

Ayuh kita kembali semula buat yang terakhir kalinya kepada "Trademark" semula.

"ERTI HIDUP UNTUK MEMBERI"...

Dan juga didalam 95 atau 96 orang yang pernah diuji dan bersetuju kepada persoalan saya tadi,perlu dibuat tapisan demi tapisan saringan H1N1(gurauan)untuk betul-betul mengesan vektor kepada barah dari ujian tentang kehidupan mereka itu dari segala aspek persediaan dan keterimaan mereka terhadapnya.

Tapisan demi tapisan maka dengan keizinan-NYA,maka temuilah kita sekelumit kelompok manusia yang terus "survive"menerus dengan satu pendirian yang hanya menumpukan sepenuh kehidupan mereka untuk "menyerahkan diri sepenuhnya pada ALLAH".

Hidup dan Mati mereka Kerana ALLAH...

Kerana apa mereka berpendirian begini?,sudah tentu jawapannya adalah sepenuh kehidupannya bukan untuk kepentingan peribadinya dan kepuasan nafsunya.

TETAPI,

Yang lebih penting,mereka cuba menghayati dan menyelami sebuah bahtera kehidupan yang penuh dengan:

"ERTI HIDUP UNTUK MEMBERI"...

Moga kalian terus tenteram dan aman didalam pelayaran bahtera kehidupan ini...AMIN


Madrasah Ikhwanul Muslimin@UM 2009...

0 Responses to "Erti Hidup Untuk Memberi":